Monday, 3 June 2013

Sinopsis Curi-Curi Cinta by Siti Rosmizah~Best Gila !!

Assalamualaikum, tak jawab dosa kalau jawab sayang (bak kata Maria Elena) ... sempena cuti sekolah ni, mesti ramai gila yang bercuti lah, berkelah lah, berkemah la, bekerja lah, semua yang 'ber ber ber'  tu termasuk sekali lah .... seronok cuti kan ?? tapi ada yang boring gak ... ahh satu lagi, saya salah seorang writer diblog kawan saya ni ye....kawan merangkap tuan saya cik Ifif ...panggil Sarah je (hoho promote kejap)...

Hari ni nak buat sedikit preview + sinopsis sebuah novel karya penulis kegemaran saya & kawan saya, SITI ROSMIZAH...karya terbaru beliau bertajuk 'CURI-CURI CINTA' ....tak elok curi tau...terkam je terus...hoho~


Sinopsis:-

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti suami adik tu mestilah orang kaya jangan haraplah adik nak kahwin dengan orang miskin. Orang kaya nak ke terima mak mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah setiap hari biar tuhan panjangkan umur abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati dulu dari abang Is. Jalankan tanggungjawab dulu jangan senang aje nak lepaskan beban kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya. Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak! Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak, buang saudara kerana duit dia sanggup lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya, sebab berangan nak jadi bini orang kaya. Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus niat awak tu! Sebab saya akan pastikan, sampai saya mati pun awak tak akan jadi isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan. Namun perancangan tuhan tiada siapa boleh menghalangnya. 

“Saya akan bertanggungjawab Is. Saya akan bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada setiap patah katanya. Dendam Daniel berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana akan memamah segala perbuatannya nanti! 

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh cinta dengan kau dan akhirnya aku tersungkur di kaki kau! Aku akui memang aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak layak nak jadi ibu pada anak aku! Aku tak nak anak aku lahir dari rahim perempuan macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya. 

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya. Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air mata menitis tanpa henti. 

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan yang cukup besar dalam hidup adik. Adik kecewakan mak, adik kecewakan abang Is. Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana janji dia mak? Dia campak adik macam kucing kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia! Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya pula. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata inilah padahnya! Curi-curi cinta hanya itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta Intan Raihana akan menjadi miliknya jua..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gempak kan sinopsis dia, segempak cerita dia jugak...actually saya dah baca pon novel ni ... saya bagi 9/10 !! semua perasaan bercampur mcm nasi kerabu ... nak tau cerita macam mana? beli dulu...mula2 memang boring sikit, lama2 nanti best sebab diorang sama2 ego...

So, maybe sampai sini dulu lah...tak de idea nak tulis apa....ok lah, semoga bertemu lagi !!

Assalamualaikum!



Sunday, 2 June 2013

Preview Jodoh Itu Milik Kita ~

Assalamualaikum !!
Konnichiwa !!

Ifif mulakan post Ifif dgn Bismillahirrahmanirrahim !! so frankly speaking Ifif dh habis baca novel Jodoh Itu Milik Kita. Ifif baca novel tu dlm masa 2 hari je, cuz jln cerita yg sgt2 menarik

Kalau korang nk tau ape sinopsis novel tuh, korang blh check dkt post Ifif yg lps.

Preview :

Watak

 * Aariz Danial - (hero) , suami kpd Dahlia Darius , abg kpd Syafiq Tuan Haikal, seorang yg sgt2 romantik,   penyayang, dlm masa yg sama blh menjadi seorang yg sgt tegas , seorang jurutera yg berjaya dan pernah berkerja di US dan Melbourne

* Dahlia Darius - (heroine) , isteri kpd Aariz Danial , bekas tunang Syafiq , kakak ipar kpd Syafiq , anak kpd Cikgu Darius dan Puan Inas , anak tunggal , seorang yg sgt nakal walaupun umur dh semakin meningkat, perangai mcm bdk2 dan comel ,  ibu kpd Adam dan Azfar.

* Syafiq Tuan Haikal - bekas tunang kpd Dahlia , adik ipar kpd Dahlia , adik kpd Aariz Danial , anak kpd Tuan Haikal dan Puan Marina , seorang yg x suka melihat kebahagiaan abang sendiri iaitu Aariz Danial.

* Tuan Haikal - ayah kpd Aariz Danial dan Syafiq , suami kpd Puan Marina , seorang yg penyayang dan kdg2 seorang yg tegas , atuk kpd Adam dan Azfar.

* Puan Marina - ibu kpd Aariz Danial dan Syafiq , isteri kpd Tuan Haikal , seorang yg lema lembut , penyayang , mempunyai kanser yg kronik tapi blh diselamatkan , dan nenek kpd Adam dan Azfar.

* Cikgu Darius - ayah kpd Dahlia , suami kpd Puan Inas , seorang yg suka bergurau , penasihat yg baik , atuk kpd Adam dan Azfar.

* Puan Inas - ibu kpd Dahlia , isteri kpd Cikgu Darius , ibu yg penyayang , sometimes blh jadi seorang yg tegas , nenek kpd Adam dan Azfar.

* Teja - kawan baik kpd Dahlia , isteri kpd Redza , ibu kpd Damia.

* Redza - kawan baik kpd Dahlia , abang angkat kpd Dahlia , suami kpd Dahlia , ayah kpd Damia.

* Edna - kawan Dahlia yg tinggal di Filipina.

* Mummy Edna - ibu kandung kpd Aariz , dan meninggal dunia ketika Aariz berumur 9 tahun.

* Adam dan Azfar - anak kpd Aariz Danial dan Dahlia , cucu kpd Tuan Haikal&Puan Marina dan Cikgu Darius&Puan Inas.

* Damia - anak kpd Teja&Redza.

Jalan Cerita

Pada awal cerita, novel nie bagus tmbh2 lagi dgn psgn yg romantik and comel iaitu Dahlia & Aariz. then, kisah hidup diorang. Pada pertengahan novel, timbul watak Syafiq yg sgt2 kejam dan ckp Aariz nie seorang yg jijik dan kotor, so disbbkan tu la Ifif nie tertanya-tanya 'siapa Aariz Danial nie sebenarnya?'.

Ada scene gaduh2, ada scene yg Aariz ingin menjauhkan diri dia dprd Dahlia yg membuatkan Ifif mcm nk tikam2 je Aariz. and then timbul watak Edna, tapi tuan dia x muncul2 pon. disbbkn Dahlia tersebut nama tu dkt dpn Aariz, Aariz terkejut, so Dahlia apa lagi, ada perasaan syak wasangka la. lepas tu, Dahlia ada terckp sesuatu yg menyebbkn Aariz mrh, diorang gaduh. hubungan diorang hampir2 runtuh, tapi Dahlia seorang yg sgt baik dan sabar.

Syafiq nie plk seorang yg x ingin melihat abang dye bahagia, die akan lakukan apa sahaja asalkan kebahagiaan abg die hancur. 

akhir sekali, rahsia 'siapa Aariz Danial yg sebenarnya?' tlh terbongkar, dn cerita tu membuatkn Ifif sgt terkejut dan sedih akan nasib Aariz. tu je la yg Ifif nk ceritakan kat korang..heh, kalau nk tahu beli novel ni

novel nie berjaya buat Ifif gelak, menangis, geram, sedih, gembira. dlm novel nie x de watak pompuan yg gedik2 or jht, tapi watak lelaki yg jht gile2 adala. So Ifi rasa x menyesal beli novel, bahkan Ifif rasa sgt gembira sbb dpt beli novel nie, sbb ada org kata novel nie best seller la best la , so x rugi kalau beli novel nie. Make sure korang beli ta ;)

dan yg lebih mengejutkan novel nie akan diadaptasikan kpd drama.. setakat nie watak yg Ifif tau

                              Farid Kamil - Aariz Danial
                              Tiz Zaqyah - Dahlia Darius

Ifif akhiri post Ifif dgn Bismillahirrahmanirrahim ...

Assalamualaikum !!
Tadaima !!