Monday, 8 July 2013

Novel Cerita Suatu Malam ~

Assalamualaikum !!
Konnichiwa !!

Bismillahirrahmanirrahim.. first sekali ifif nk ceritkn yg nie novel first genre horror dlm BM yg ifif beli..biasanya horror2 nie ifif beli novel BI.. x tau la korg phm ke tidak ape yg ifif merepek nie :P

ok straight to point ifif beli novel nie semalam punya malam..alaaa tk kesah la asalkan malam eh...
ifif beli novel nie dkt MPH

Satu Cerita Malam - Zaifuzaman Ahmad

nk diceritkn yg novel Zaifuzaman Ahmad nie semua nya genre horror.. mmg best la kn..tmbh2 lagi ifif jenis yg suke horror2 nie ..hikhokhik.. ok ifif akan bagi korg baca die punye sinopsis.

Sinopsis :

         Mengisahkan Rizal yang baru bekerja di sebuah bangunan di pinggir kota Kuala Lumpur. Pada suatu malam, dia terpaksa pulang lewat kerana tugasnya. Apabila selesai bertugas, dia turun ke bawah untuk pulang. Namun apabila tiba di lobi, dia dikejutkan dengan kejadian seorang lelaki jatuh dari tingkat atas bangunan. Ketika dia tergamam itu, dia telah ditegur seorang pengawal keselamatan bernama Kadir. Melalui Kadir, dia telah diberitahu bahawa bangunan itu sebenarnya keras. Kadir menceritakan tiga kejadian yang pernah berlaku di dalam bangunan itu.

         Kisah Jennifer yang mengandung anak teman lelakinya telah mencari jalan singkat dengan terjun dari bangunan. Tandas di aras tujuh bangunan itu dikatakan berhantu berikutan kedengaran suara tangisan seorang perempuan dan ada kejadian ngeri. Terdapat juga kisah nasib pengawal keselamatan yang turut diganggu dengan sesusuk tubuh lelaki tanpa kepala.

         Rizal menjadi kalut mendengar cerita Kadir. Dia akhirnya meminta diri untuk pulang kerana waktu semakin lewat. Ketika dia keluar dari lobi, dia sempat melihat mayat yang terbujur di depan bangunan. Rizal bertambah terkejut apabila melihat wajah lelaki yang mati itu ialah Kadir. Jadi… dengan siapa dia bercakap tadi?

          “Tapi abang tak bohong. Memang macam-macam ada dalam bangunan ni. Jumpa dengan tidak aje. Ayob

          “Saya boleh buktikan yang kematian gadis-gadis di dalam tandas ni ada kena-mengena dengan puaka yang     
            mendiami tempat ni.Shira

                                                                       ****
ok ifif baru je baca novel ni 1/4 kiranya x sampai stgh lagi la..walaupon baru sampai situ ifif rase novel nie gempak !! nnti post akan dtg ifif akan buat preview nie.. CONFIRM !! :D
so ifif akhiri post ifif dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum !!
Tadaima !!


Thursday, 4 July 2013

Pelangi Cinta Buat Suami = Sinopsis+Preview~


Assalamualaikum, setelah lama sangat tak update blog, akhirnya kami update semula ...fuhh berhabuk .... admin Ifif dengan saya semua sibuk dengan sekolah lah, itu lah, ini lah ... kacau kacau .... SO harini saya nk share novel ke-3 Acik Lana (actually ke-4, tapi salah satu novel tajuk 'Perempuan Yang Paling Aku Cinta' hanya dipasarkan online sahaja, boleh check kat sini aciklananovel.blogspot.com) 'PELANGI CINTA BUAT SUAMI' 

sinopsis:-

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

    *******************
novel ni saya baru je beli dan baru je habis baca ... seriously i said IT'S AWESOME  (bagi saya la) ... beli novel ni pon sebab sinopsis dia, nampak macam lain dari lain ... nk preview tak? sape yang nak, boleh teruskan membaca, kalau tak nak, scroll down bawah lagi ok! tengok post kitorang yang lain :)

preview-

  • Imanina ni tanpa disengajakan terambik diari Tengku Qalif masa tgh kelam kabut cari IC Tengku Qalif sebab Tengku Qalif pengsan.
  • Disebabkan Nina marah kt Tengku Qalif sbb kurang hajar sgt, so dia nk balas dendam (kononnye) dia baca diari Tengku Qalif.Dalam diari tu byk kenangan2 dia dengan arwah isterinya Liyana.
  • Nina cabar Tengku Qalif dgn satu ikatan perkahwinan yang pada awalnya dibantah habis-habisan oleh Tengku Qalif sendiri, tpi Tengku Qalif terima jugak dgn tekad jugak yg Nina akan menyesali apa yg perkahwinan ni
  • lepas kahwin tu macam2 la berlaku, Nina selalu nak mengambil hati suaminya, tpi ditolak mentah2. 
  • Tapi lama2, Tengku Qalif terima jugak Nina sebab Nina tak pernah bosan 'menghadap' dia yg selalu mcm singa lapar~
  • Tengku Qalif ni kuat cemburu, Nina pon sama gak.Tengku Qalif cemburu dgn Amri, kawan rapat Tengku Qalif, Shauqi, fashion designer terkenal dan menarus hati pda Imanina.
  • Time Tengku Qalif pegi rig kat mana entah, malam tu Nina dgn Tengku Qalif Skype, Nina nk tunjuk kan pregnancy test kat Tengku Qalif, Dia suruh Tengku Qalif tutup mata, lepastu, time Nina gi ambik Pregnancy Test, tiba2 dia tgk Tengku Qalif kena belasah dgn org2 bertopeng, Tengku Qalif kena sepak, acu pistol dan ......................... (beli sendiri)
  • lepas kejadian tu, Nina hidup sama seperti Tengku Qalif dahulu. 'Mayat Tidak Bernyawa' sesuai dgn hidupan Nini masa tu.
dengan baby dalam perut, dia mcm nak putus nyawa~~ tapi Nina yakin yang Tengku Qalif masih hidup walaupon nama Tengku Qalif diletakkan gelaran 'Arwah'....kalau dah mati, mana jenazah suaminya? mana janji suaminya yang tidak akan meninggalkan dia? itu yang selalu bermain dihati Nina ..

panjang lagi preview dia...ni je la eh? penat laa~ so, saya syor kan korang beli !!! best sgt~ Tengku Qalif sweet+romantic sgt~~~~~ ok lah, sampai sini saja, bye~
Assalamualaikum