Tuesday, 28 May 2013

One Day You'll Be Mine ~~

Konnichiwa !!
Assalamualaikum !!

Bismillahirrahmanirrahim... di sini Ifif nk mengatakan yg smlm Ifif baru je habis baca novel One Day You'll Be Mine .. baru hari nie Ifif nk post tntg novel nie sbb pagi & ptg tadi Ifif sibuk sgt2.. Gomen !!

                                                  One Day You'll Be Mine - Inazwa Yusof

Sinopsis :


Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!
Bagi Anith Fitriah, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.


“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”
“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!


“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”
“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”
“Pergi mampus.”
“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.
Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.
Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?
Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.


“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”
“Mudah… sebab aku sayang kau.”
                                                              ******
Preview :
 
- Jenis ayat

    -tidak membosan kn
    -bnyk speaking english *itu yg membuatkn aq suka
    -ayat die mmg gempak *phm2 je la eh maksud gempak tuh

- Jalan cerita
Jalan cerita yg menarik.. cerita nie buat org mcm nk tau je ape yg akan berlaku slps nie.. saspen yg           teramat kuat..first2 korg akn rasa bosan la, and then bila nk akhir2 baru rasa best.. masam-manis-duka cita-gembira semua ada

bila baca novel nie first2 ..rasa mcm nk bunuh2 je hero nie..kalau heroin mcm nk hantuk2 je kepala die dkt dinding.. hero die mmg bukan seorang yg romantik, tapi akhir2 ___... kalau horine nie plk seorang yg selalu marah org lain tanpa bukti.. seorang yg kuat nangis bak kata die sendiri la ye die seorang yg lemah...

Jln cerita yg bersegi-segi, x dpt nk mendescribekan. Bila Ehsan kahwin ngan Fitri tiba2 je ada Aya mcm turun drpd langit je . Ada pulak Nik, Nahda, Firasha, Jun and mcm2 lagi la , and last korang akan pening kepala je kalau korang x baca setiap perkataan, setipa isi, setiap bab. and nasihat Ifif baca la novel nie elok2 ye. take your time. jgn baca terburu2 nnti korg x fhm sape yg susah..diri korang jugak kn..

novel nie memerlukan kesabaran, konsentrasi dan imiginasi yg amat2 tinggi. nk diecritakan yg Ifif nie bukan la seorg yg penyabar and sometimes ada rasa mcm nk humban je novel nie dlm dust bin.. tapi disbb Ifif x nk dengan ceramah percuma umi Ifif selama 5 min, Ifif terpaksa membaca. and resultnya x rugi kalau beli novel  ni..

So apa pendpt korg,?? Ifif rasa novel ni sgt2 la best,, kalau korg btol2 focus masa membaca novel nie laye :P.. so Ifif akhiri post Ifif dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum !!







  

























Sunday, 26 May 2013

ATTENTION !! ~~ hehe

Konnichiwa !!
Assalamualaikum !!

So tadi Ifif pegi Giant Batu Caves ngan family Ifif, and then tibe2 je kaki Ifif terjejak ke dlm kedai SMART..x tau la korang tau ke x.. setahu Ifif kedai tu dulu2 x de la bnyk novel..yg ada just buku rujukan or whatsoever la.. masa Ifif masuk tadi Ifif terkejut berok la *x de sampai rupe berok pon lagi* sbb Ifif nmpk bnyk sgt novel yg Ifif nk sgt beli2.. and then ape lagi mata Ifif pon tibe2 jadi bercahaya pdhl time tuh pukol 10 mlm..mesti org laen dh ngantuk kn.. tmbh2 lagi diorg buat 20% lagi la Ifif happy tahap gaban..tapi Ifif just beli 2 novel sbb x cukup bajet la katakn.. so novel yg Ifif beli ialah :

1st novel
                                                    Jodoh Itu Milik Kita - Sara Aisha

 Sinopsis :

Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah telah tetapkan sejak azali…”

SIAPA sangka itulah yang tersurat buat Dahlia dan Aariz Danial. Ikatan suci yang tercipta antara mereka bukanlah kerana cinta yang menggebu dalam hati, mahupun kasih yang membara. Tetapi kerana sikap mementingkan diri seorang manusia bernama Syafiq.
“Janganlah suka sangat kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!” – Dahlia
“Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri baru yang saya beli. She’s a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?” - Aariz Danial
“Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagian yang bernama Dahlia itu… akan aku rampas sekejam mungkin!” – Syafiq
Tatkala persoalan demi persoalan mula timbul di sebalik tulusnya seorang lelaki bernama Aariz Danial, mampukah Dahlia terus teguh berdiri mempertahankan cinta buat suami sendiri? Atau mungkinkah mahligai bahagia mereka rebah menyembah bumi sebelum ianya sempat bermula? Apakah akhirnya Syafiq yang akan tersenyum puas tatkala melihat kehancuran seorang lelaki yang paling dibenci… iaitu abangnya sendiri?
                                                                         
                                                                           ****

 
2nd novel


                                                      Dia Pengantinku - Nurfaza Alisya

Sinopsis :

Aimi Najwa seorang gadis cantik keturunan Belanda, namun amat payah untuk mencari jodoh. Baginya, kerjayanya lebih penting daripada memikir soal jodoh. Apatah lagi dia bukannya gadis yang pandai memasak!
“Awak ni buta ke?! Tak nampak ke saya tengah jalan ni?” 

Jiwa Aimi Najwa bergolak tidak tentu arah. Mengapa lelaki yang pernah menjadi mangsa tengkingannya adalah anak majikannya sendiri? Dan dia juga lelaki yang menyambutnya ketika mahu jatuh pada karnival pengantin, yang dimarahinya kerana melanggarnya ketika keluar dari lif? 

Entah di mana harus disorok wajahnya. Namun, Aimi Najwa harus bersabar menghadapinya. Yang penting rahsianya tidak diketahui teman sepejabatnya. Namun telinganya berdesing sebaik terdengar suara gemeresik Syed Ashraf memanggilnya ‘Cik Pengantin’. Gelaran yang paling benci didengarnya.
 

Rombongan merisik akan datang! Penolakan Aimi Najwa dikenakan syarat oleh abah dan uminya untuk mengenali semula lelaki yang pernah menjadi teman zaman kanak-kanaknya. Cinta monyet yang pernah terjadi antara mereka dahulu. Siapa lagi kalau bukan si chubby Bobo atau nama penuhnya Shahabudin!
 

Cinta itu hadirnya tanpa diundang. Datangnya tanpa diduga. Itulah yang terjadi kepada Aimi Najwa. Dia senang dengan sikap penyayang yang ditonjolkan Shahabudin. Tanpa sedar ada perasaan yang ‘bertamu’ di hatinya untuk Syed Ashraf. Dua lelaki yang berlainan watak. Namun sikap kedua-dua lelaki ini yang sama membuatkan dia keliru. Kedua-duanya berjiwa lembut dan penyayang.
 

Dalam resah hati terpaut. Dalam benci ada cinta. Sukar untuk Aimi Najwa menerima kenyataan yang terbongkar. Semakin dia menjauhi insan yang menyintainya, hatinya mula disirami rasa rindu. Diundang pula dengan rasa cemburu terhadap Tengku Elisa yang semakin rapat dengan insan yang telah melukai hatinya.
Dia keliru, adakah ini yang dinamakan cinta? Siapa yang Aimi Najwa cintai? Siapa yang harus dia pilih? Shahabudin atau Syed Ashraf?


                                                                          ****
Sinopsis jela yg Ifif blh bagi kat korg..sbb Ifif x start baca pon lagi, plastik buku pon x bukak lagi..hkah..kalau Ifif dh habis baca Ifif confirm2 akan buat review utk korg *tgk betapa setia nya Ifif utk korg..cehh* ..make sure selalu jenguk2 blog Ifif tau -_^
Assalamualaikum, Bye-bye !! ^^ 












Friday, 24 May 2013

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia-Zura Asyfar

source: pak cik Google tercinta

Sinopsis Novel 

Cinta pandang pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau."- Firash Arshad

"Ya aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku."- Syafa Aqira

Laluan untuk mengharungi sebuat perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku didalam hati

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa Aqira akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.


"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!- Syafa Aqira

"Betul ke tak ingin? Dulu okey aja sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?"- Firash Arshad


Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Macam mana? Gempak kan sinopsis dia! Firash ni terlampau romantik~ hehe ni part yang paling we olls suka


"Yang kau pakai jaket segala ni, kenapa? sejuk sangat ke?"- Firash Arshad

" Haah, sejuk ni."- Syafa Aqira

"Sejuk ke atau takut dengan aku?"- Firash Arshad

nak tau scene yang best-best lagi? pi beli sendiri ... tak menyesal CONFIRM !! u olls semua kena baca....lebih-lebih lagi part diorang kat kampung !! Ya Allah suka gila~ 

cerita ni gerne romantic comedy...AND novel ni jugak diadaptasikan kepada DRAMA *tepuk tangan*
saksikan SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA Jumaat 9 malam di TV3 (acheehh promote pulak)

of course la kan, hero dia teramat hensem !!!! memang mintak penampo siapa cakap tak hensem....

Tiz Zaqiah as Syafa Aqira
Izzue Islam as Firash Arshad
 Uqasha Senrose as Raina(novel) Rania(drama) 

haaa...yang lain tu kitorang lupa nama dia siapa..... nak tau tengok sendiri.....tapi we olls sarankan kalau dah tgk drama HARUS baca novel dia !!! sebab novel best sangat !!!

okeylah, maybe sampai disini dulu kami bercerita....kita akan bertemu lagi dilain hari (woww skemanya ayat)

Assalamualaikum!
from: one of Allah's slave in Hawa's community :)



Thursday, 23 May 2013

Berita Sedih ~

So kat sini Ifif nk ceritakn yg hp Ifif hilang Sabtu lps..Ifif tahu bende nie dh lama tapi disbbkn dh 6 hari Ifif x jumpe2 hp Ifif sbb ada org yg curi.. so Ifif hrp korang doa2 kn la ye utk Ifif supaya Ifif dpt jumpe balik hp Ifif.. kpd sape yg doakn, Ifif nk ucpkn tk bnyk2 kat korg ~

Assalamualaikum, Bye2..

Tuesday, 21 May 2013

Andai Itu Takdir-NYA ~

                                                      source: encik Google yang serbeguna

Ini novel first yg Ifif baca.. mula2 Ifif bkn org yg suka membaca..tapi tgn Ifif nie tibe2 je tergrab novel nie kat rak buku kakak Ifif.. so first time baca novel kira2 1 tahun yg lps..first impression bile Ifif baca novel nie, Ifif rasa best sgt2...tmbh2 lagi penulis dye Siti Rosmizah..mmg syok abes la kn!!..ok Ifif rasa mesti korg ckp "apela bdk ni merepek sorg2!!".. so Ifif akan tunjuk korg sinopsis Andai Itu Takdirnya

Sinopsis:

   "Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pengkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat."

   "Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi yatim sebelum masanya, Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalh kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

   "Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari konkrit."


So pada pendapat Ifif novel nie teramat la sedih... Ifif baca novel nie 3kali, 3kali la Ifif nangis..nk tau sbb ape?? sbbnya heroine dlm novel nie hidup die bnyk dugaan..lps satu2..

Aleya dgn Syed Aizril bljr sma2 dkt oversea. Pada suatu hari Aleya bersuara dgn beraninya di dpn Syed Aizril, tapi malangnya itu yg membuat Syed Aizril berdendam dgn Aleya sampailah diorang kat M'sia. and then diorang kene tangkap basah.. so apa lagi diorang terpaksa la menikah. Bagi Aleya itula berita yg paling sedih sbb kene buang drpd keluarga die. 

   Pada mlm pertama mereka, Aleya x dianggap mcm seorang isteri. Dia dipukul dgn teruknya oleh suami sendirir. Dlm  24 tahun die tidak pernah dipukul oleh ayah die, tapi x sampai 24 jam die dh dipukul oleh suaminya sendiri. Ibu kpd Syed Aizril iaitu Puan Sri Sharifah Aishah pun x suka dgn Aleya.

Ifif akan skip tau..x kn la Ifif nk bagitau semua..
   Lepas tu semua watak dh insaf kecuali Sharifah Emilin dgn mak die. diorang tu jahat gile2 la!! Kalau Ifif jumpe diorang Ifif nk je bunuh2 diorang lps tu cmpk dlm loji..ok back to the story mak Syed Aizril jadi baik sgt2 lps ape yg terjadi. dan perwatakan Syed Aizril sgt romantik!! OMG pada masa tuh Ifif hanya terfikir bertuahnya la Aleya kn..tapi..

so korg nak tau apa yg terjadi?? beli la sendiri ek :p

Ifif nk ckp kat korg kalau korang jumpe je novel nie kat kedai novel *of course la kedai novel x kn la kat kedai 2 ringgit plk* korang harus grab novel nie tau.. confirm akan buat korg meleleh sampai x hingat dunia.. novel nie akak Ifif beli pd tahun 2008.. dh lama dh.. Ifif baca novel nie pon tahun lps ..tapi ada good news utk korg..haritu 2 weeks ago la rasanya Ifif pegi MPH novel ni diorang ada jual  and kwn Ifif ckp kat POPULAR pon ada..so ape lagi make sure grab this novel tau!!

Assalamualaikum!!






































Hello Blogger !!!

Assalamualaikum!!..ehem2... check mic 1.2.3... cehh..hakhk..Ifif budak baru kat blogger so harap korang suka la apa yg Ifif post eh..jgn x suka plk..kalau x suke ckp je.. so Ifif akan preview novel2 yg Ifif dah baca atau whatsoever la..

#Pstt Ifif seorang pembaca or peminat novel yg tegar..kalau korg sama kite geng..*sepp