Friday, 24 May 2013

Sinopsis Sebenarnya Saya Isteri Dia-Zura Asyfar

source: pak cik Google tercinta

Sinopsis Novel 

Cinta pandang pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.


"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau."- Firash Arshad

"Ya aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku."- Syafa Aqira

Laluan untuk mengharungi sebuat perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku didalam hati

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa Aqira akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.


"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!- Syafa Aqira

"Betul ke tak ingin? Dulu okey aja sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?"- Firash Arshad


Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Macam mana? Gempak kan sinopsis dia! Firash ni terlampau romantik~ hehe ni part yang paling we olls suka


"Yang kau pakai jaket segala ni, kenapa? sejuk sangat ke?"- Firash Arshad

" Haah, sejuk ni."- Syafa Aqira

"Sejuk ke atau takut dengan aku?"- Firash Arshad

nak tau scene yang best-best lagi? pi beli sendiri ... tak menyesal CONFIRM !! u olls semua kena baca....lebih-lebih lagi part diorang kat kampung !! Ya Allah suka gila~ 

cerita ni gerne romantic comedy...AND novel ni jugak diadaptasikan kepada DRAMA *tepuk tangan*
saksikan SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA Jumaat 9 malam di TV3 (acheehh promote pulak)

of course la kan, hero dia teramat hensem !!!! memang mintak penampo siapa cakap tak hensem....

Tiz Zaqiah as Syafa Aqira
Izzue Islam as Firash Arshad
 Uqasha Senrose as Raina(novel) Rania(drama) 

haaa...yang lain tu kitorang lupa nama dia siapa..... nak tau tengok sendiri.....tapi we olls sarankan kalau dah tgk drama HARUS baca novel dia !!! sebab novel best sangat !!!

okeylah, maybe sampai disini dulu kami bercerita....kita akan bertemu lagi dilain hari (woww skemanya ayat)

Assalamualaikum!
from: one of Allah's slave in Hawa's community :)



No comments:

Post a Comment